Maybe.
FOLLOW | DASHBOARD

LA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH"
♥ ♥ ♥
♥ The Owner ♥




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hello. Assalamualaikum. I'm a Muslim girl and proud of it. My name is Ayusha Hanis Binti Fahkrurrazi. Sweet 17❥

FOLLOW ME!
    
♥ Talk With Me ♥

Diary About

♥Advice ﷲِ♥

Forget the past that made you cry and focus on the present that completes your smile because Allah always know the best for you. =)

♥L O V E♥

"Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah."

Kulit.
Thursday, January 9, 2014 | 5:58 AM | 0 comments
Assalamualaikum. Topic aku harini memang pelik bagi aku, sebab apa? Sebab aku tak pernahnya update bab kecantikan ni. Haha. Al maklumlah, orang tak cantik kennnnnnnn? Whatever lah, yang penting sekarang kita kena jaga muka. Bukan nak cantik or perfect, bersyukur apa ada. Bila aku habis sekolah ni laa baru nak berfikiran nak pakai macam2 xD Kulit aku ni jenis tak sekata. Akibat kesan sunburn yang tak hilang-hilang langsung. Nak kata line tu hilang dah cuma kalau nak beza kulit tangan dengan muka mmg berbeza la.

Aku dengar lah, pelembab muka ni penting untuk muka? Betul ka? Kalau betul lah, aku cuma nak cakap yang aku tak suka pelembab. Sebab apa? Okay now aku nak cerita. Sebelum aku pakai pelembab. Aku hanya pakai pencuci muka dan toner. Itu ja? Yes. Disebabkan aku terlalu tidak berapa suka manjakan muka ni, aku hanya pakai yg aku suka ja. Pencuci muka aku pakai jenama clean and clear. Clean la kononya. Biasa ja cuma aku suka sebab wangi, bau strawberry/Lemon. Aku pakai dua tau. Tamak sikit haha. Dia ada tiga jenis, yang epal aku tak try lagi. Entah lah, tak tergoda lagi yang tu.


Aku bukan apa, minat sangat dengan produk clean and clear ni. Sebab dia menarik and comel! Haha. Sekarang aku tengah terpikat dengan satu skrub clean and clear ni. Tapi masih menunggu wang masuk baru nak beli. Tu pun kalau ada masa nak pergi beli la.

Comel ken? Hehe. Eh, bukan clean and clear ja aku pakai. Aku suka produk safi. Adik beradik sepupu sepapat aku banyak pakai safi. Tok aku pun suruh pakai. Katanya bagus. Tak ada bahan kimia. Aku dulu masa form2 or form3 kot pakai krim safi yang warna biru tu. Tapi tak kerap aku pakai sebab sangatlah berminyak. Nasib baik la kulit aku ni jenis jerawat tak datang setompok. Muka aku ni yang selalu mai jerawat dekat hidung. Memang sebulan sekali. Whitehead dengan Blackhead mmg kerap ada atas hidung aku. Jadi, setiap hari aku akan letak putih telur atas tisu/kapas, then letak atas hidung. Biar sampai kering. Bila kering tu, buka la. Cuba pergi dekat cahaya tengok tisu/kapas tu ada nampak bleack and whitehead. Aku ni banyak whitehead. Kalau aku rajin ja aku buat :p

Okay sambung balik cerita pasal pelembab. Baru-baru ni aku berazam nak pakai pelembab. Aku pun beli laa pelembab safi yang malam punya. Kalau yang siang, aku masih ragu-ragu. So aku try la malam tu. Punya la excited dengan nampak pun comel je. Hehe


Haa, bila aku try. Sangat-sangat lah berminyak. Bukan hampa tatau, aku ni kalau bab berminyak memang aku reject terus. Dalam berapa jam aku pakai, terus pergi basuh sebab tak selesa nak tidur. Esok pagi tu, memang hot gila la. Mana taknya, timbul biji atas hidung. Nak kata jerawat ka? Dia mcm biji kecil nampak sgt tapi bila pegang akan rasa la. Hm. Aku pun stop la. Dan sekarang aku tertarik dengan pelebab safi ni.



Tapi kalau berminyak, emm memang aku tak nak. So please, kalau siapa tahu pelembab ni berminyak, tolong inform dekat aku. Serious aku benci minyak minyak ni. Lepas pelembab, mestila kita pakai krim uv ken kalau keluar? Kalau nak tahu, aku tak pakai pun. Dengan cuaca sekarang teramat lah panas, sehinggalah suatu hari tu kulit aku terbakar. Alaa bukan terbakar biasa. Biasa? Maksud aku yang selalunya. Memang aku cepat sunburn. Bila bukak tudung, akan nampak lah satu line yang berlainan warna. Okay, sambung cerita, suatu hari tu muka aku terbakar sampai keluar kulit habis. Mama bawak pergi klinik then doct tu ingat aku pakai produk. Nak pendekkan cerita, dia tak bagi aku kena panas. Gila ka apa aku nak pi sekolah mcm mana? Bawak payung? Mmg tak la. Lepas seminggu aku tak pi sekolah, selama aku duduk rumah tu, otak aku hanya fikir mcm mana nak sejukkan muka yg terkena api ni. Aku pi ambik ketul ais, aku letak dekat muka. Haha. Memang pelik tapi serious berkesan! Lepas tu baru laa aku berazam nak pakai sunblock. And baru sekarang nak beli tapi masih ragu-ragu. Ada orang cakap sunblock tia amelia tu bagus. Betul ka? Kay aku otw nak beli. Haha.

Asyik-asyik kulit muka ja. Ha tak jaga kulit badan, ceroi la :p Tok aku kalau bab kulit ni memang dia nak cucu cucu dia jaga. Tak kira la hitam ka putih. Kena jaga. Kalau nanti kawin and blabllabla....... Haha tok aku cakap panjang sgt. So aku pendekkan. Dulu, tok aku beli Beras Pulut Hitam.Katanya, menghilangkan kotoran daki segala bagai la. Macam scrub. Cara dia :
  1. Bersihkan pulut.
  2. Goreng kering.
  3. Mesin bagi hancur.
  4. Letakkan dalam satu mangkuk.
  5. Perah air asam jawa dan masukkan ke dalam pulut.
  6. Kacau bagi pekat.
  7. Lumur dekat badan
  8. Biarkan selama 10minit. 
  9. Mandi dengan air suam
Cehhh, dah macam exam katering ja. Hehe. Aku pernah try. Best sangat sebab lepas mandi tu, terus lembut jah. Dah macam bersedia nak kawen :p Hahahaha.

Dah la, tak larat nak type dah. Nak sambung melawat handfone :p Haha, tergesa-gesa ni. Okay byeee.