Maybe.
FOLLOW | DASHBOARD

LA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH"
♥ ♥ ♥
♥ The Owner ♥




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hello. Assalamualaikum. I'm a Muslim girl and proud of it. My name is Ayusha Hanis Binti Fahkrurrazi. Sweet 17❥

FOLLOW ME!
    
♥ Talk With Me ♥

Diary About

♥Advice ﷲِ♥

Forget the past that made you cry and focus on the present that completes your smile because Allah always know the best for you. =)

♥L O V E♥

"Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah."

Freedom.
Friday, December 20, 2013 | 12:04 AM | 0 comments
Hello, assalamualaikum uolls....... Budak habisan spm sedang bergiat di blogger semula haha. Lama dah aku free, tapi entah la. Rasa takdak masa nak pegang computer ni. Bak kata mama 'Fon sebahagian nyawa aku' Haha --' Okay now aku macam banyak nak CAKAP tapi malas nak MENAIP. Boleh tak aku nak cakap and automatik keyboard nie bergerak keluar lah apa yang aku nak cakap. Eh em berfikiran tinggi aku ni haha. Bila tengah menaip ni, teringat time exam BM (SPM) aku tengah buat karangan yang dia mintak sikit patah je, tapi aku buat bagai nak rak beratus ratus. Itulah perkara yang paling bengap sekali aku buat. Bayangkanlah, punya seronok dok ulas. Then, kena potong yang mana yang aku nak potong em. Tak kah membazir masa. Kalau potong sikit takpa lah. Ni banyak kay, habis comot aku punya kertas. Entah mcm mana perasaan pemeriksa kalau tengok kertas aku yang banyak macam ni ((asdfghjkl)) see see HM. Tapi takpa lah, apa pun past is past. Parah otak aku kalau ingatkan balik. 'Jenoh' nak kutip balik otak aku kalau berkecai haha. Maaflah, kami orang penang. So, org penang jah mampu membacanya em emm eh jangan risau, karangan tak masukkan pun bahasa penang. Eh merapu apa pulak aku ni. Alaahhhhhhhh ini lah satu teknik nak bagi entry aku panjang. Kalau tak panjang, tak nampak laa menarik bila mata ini memandang. Bila entry panjang......... em emm jangan lah marah saja jah nak 'sembang' haha. 

Haa sekarang aku nak cerita pasal otak aku. Otak? Yelaa, lepas habis exam ni terus aku pikir macam-macam. Nak kerja lah, nak bukak bisnes sendiri lah, nak kawin lah. Eh? Kawin? Haha NO! Masih awal and masih bercouple dengan single. Paham ke tidok? Haa kalau mu tok pahem, kawe mau kecek sikit nih. Bila nak kawin, sebelum tu kita kena cari krjaya kita dulu ken? Yelaa bila dah ada duit semua boleh sara diri. Bila dah bersuami, lagi senang. Cuba bayangkan kita diceraikan dan tinggal lah seorangan or dengan anak-anak. Cubalah bayangkan bila kita tadak apa-apa, macam mana nak hidup ken? Mestilah kita tebai muka nak suami kita balik. Bila ada duit semua, senang jah angkat kaki then cakap 'Tak mati lah tadak kau'. Eh jangan laa cakap macamtu, ken dah namanya tidak sopan. Eh macam aku pengalaman lah pulak aku ni. Haha. Aku tahu pun dari cikgu-cikgu. Bila kita dah masuk form 4/5. Cikgu akan buat kita macam rakan kita or macam anak dia sendiri tau. So, serious aku cakap memang aku tak nak berhenti sekolah. Mcm mama aku cakap, dulu aku hantar sekolah, hg tamau. Sekarang 'tergedik-gedik' Haha. Okay sambung pasal cerita otak aku. 

Aku tengah bayangkan bila aku dapat kerja. Dapat jah gaji aku nak bagi sebahagian tu dekat mama abah. Kalau aku tak bagi pun aku simpan dalam bank. Aku ni jenis bukan lah boros kesemuanya. Boros sebahagiannya :p Okay, macam biasa ada duit kitaaaaaaaaaaaaaaa SHOPPING! Perkara wajib dalam diri aku. Selama ni yang aku dok guna duit mama abah shopping sendiri pun paling banyak Rm200 ke bawah jah. Tak lebih. Jadi, bila guna duit sendiri, dia rasa nikmat bershopping ni lain tau dak, dia rasa agak puas sikit sebab duit lebih xD Bila duit lebih, number satu aku nak beli ialah baju, seluar, handbag, kasut. Kasut? Haa kalau bab kasut, mesti aku suka masuk kedai kasut tu banyak kali even dah beli atau dah masuk kedai tu. Yang pasti siapa nak join aku shopping, mesti ada kaki yang kuat mcm aku hahahahah. Selalu yang teman aku shopping mestilah Arnie. Arnie yang aku berkawan sejak kecil tu, haa nasib baik dia pun kaki shopping. Kalau tak, tak tau la sapa nak teman. Tapi arnie tu lagi dasyat, kalah aku kalau shopping. Kalau nampak SALE jah, haa dia pi dulu. Haha

Lepas aku pikir bab nak keja bagai, mestilah aku fikir nak bukak BISNES. Aku ken minat masak. Tapi malas nak masak kalau ada mama. Hehe. Kadang-kadang aku terpikir nak bukak kedai bakery. Kadang-kadang aku terpikir nak bukak butik sendiri. Eh jangan ingat aku tak pandai jahit tau. Labuci pon boleh. Contoh kalau baju tu lebar sangat, aku nanti perkecilkan. Guna tangan okay. Sebab rumah aku takdak mesin jahit. Masa dalam kelas dulu, selalu main-main kata aku nanti bukak satu kedai, aku nak hg jadi cleaner aku. Eh? Kasar bahasa pulak haha. Bila aku dah bukak satu kedai, boleh aku buat kedai tu jadi warna pink jah. Haa ken comel :p 

Tapiii dalam masa yang sama jugak, otak aku ni dan diri aku ni teringin sangat nak sambung belajar. Yelaa, memang aku minat belajar. Eh dulu mana aku minat. Bila dah nak besar ni jah mula rasa suka. Ni pun cuti rasa teringin nak buat kerja sekolah. Haha pelik sebenarnya aku ni. Okay cita-cita aku lah ken nak jadi NURSE. Sebab? Sebab baju nurse nampak lawa. Haha. Tapiiii ada yang menghalang. Aku takut nak cucuk-cucuk orang ni. Macam mana nak layak jadi nurse. Tapi aku rasa belum cuba belum tahu. Haa berkeyakinan sungguh aku ni. Lagipun nurse ni banyak pahalanya. Yelaa, hidup ni sia-sia kalau tak rebut pahala ken? Abah selalu cakap, sebelum kita kejar dunia, kejar akhirat dulu. Abah cakap, mendalami ilmu agama sebelum nak pergi jauh. abah cakap lagi, bila solat kita tinggal, apa yang kita inginkan, apa yang kita doa, ALLAH tak dengar. Mama pulak kata, nak hantar aku ke sekolah agama. Mendalami lebih lagi agama dalam setahun. Lepastu baru boleh aku nak mencapai cita-cita. Kadang-kadang mulut cakap tak nak. Tapi kalau dah itu yang paling terbaik bagi abah mama aku, aku ikut jah. Dok kejar dunia pun kita bukan tahu bila dunia nak berhenti bernafas. 

Okay mari aku cita pasal diri aku pulak. Eh tak lari topic otak lagi. Aku tengah pikir bila lah aku dapat pakai BRACES. Yelaa, lama kay aku nak pakai tapi tak dapat-dapat lagi. Aku teringin sangat. Eh bukan aku nak pakai saja-saja. Aku nak pakai sebab aku ada masalah gigi yang tak sama ni. Itu sebab aku nak pakai. Kalau nak pakai sebab ikut trend, baik tak payah. Tambah dosa. Aku mintak masa time bulan berapa entah tapi tahun ni jugakla (2013) Now dah bulan 12. Hampir dah nak masuk tahun baru (2014) and umur aku pun makin meningkat. Kalau ikut IC, aku still 17 lah hehe. Yang aku tengah pening ni, aku nak braces dulu or lesen kereta dulu. Yelaa semua tu pakai duit. So aku faham dan tak mendesak sangat semua tu. Better, aku habiskan lesen ni dulu baru aku boleh pakai braces. Ha senang cita. Hehe. Nak tahu tak? Aku penat tau menaip haha. Sampai aku tak sedar dah pukul 4 dah pun. Makan pun tak lagi. Eh jap jap lagi satu tajuk. Haha

Sekarang barulah aku bukak tajuk pasai BOYFRIEND. Wuu kalau bab ni aku dah rasa lain. Yelaa, "menggatai jah ayusha ni" haha bak kata mama aku la. Tapi sekarang aku ni macam....... entahlah nak kata tak minat tu tak boleh sgt, sat lagi kata aku ni lesbian keja berkepik dgn perempuan. Bila berkepik dgn lelaki, aku pikir dosa. Haha. Selama aku single setahun ni ken. Fikiran aku lebih matang la dari sebelum ni. Marka lama tu toksah dok kata laa cinta monyet aku dulu sakan sangat haha. Em, Tak perlu bagitau kat sini. Privacy sikit. Dan apa pun aku tak perlu pikir benda yang tak penting ni. Teruskan life aku dan jaga diri jaga maruah jaga hati jaga nama keluarga dan kata-kata penutup aku ni "Biar diri disayangi orang" Ceh, hehe okay jumpa lagi Terima Kasih sudi membaca karangan yang tidak seperti karangan ini -.-. Bye asaalamualaikum :)