Maybe.
FOLLOW | DASHBOARD

LA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH"
♥ ♥ ♥
♥ The Owner ♥




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hello. Assalamualaikum. I'm a Muslim girl and proud of it. My name is Ayusha Hanis Binti Fahkrurrazi. Sweet 17❥

FOLLOW ME!
    
♥ Talk With Me ♥

Diary About

♥Advice ﷲِ♥

Forget the past that made you cry and focus on the present that completes your smile because Allah always know the best for you. =)

♥L O V E♥

"Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah."

ke politeknik kita
Friday, August 29, 2014 | 6:21 AM | 0 comments
Hai, assalamualaikum. Dah lama sangat kan aku tak update ni. Dari sebelum aku dapat masuk poli lagi. Banyak sangat aku nak cerita act tapi takpa pelan pelan nah. Hehe. Banyak sebenarnya dugaan yang aku dapat masa sebelum nak masuk poli ni. Buat itu buat ini tak jadi la borang salah sign la, masa buat medical pulak jadi macam macam la. Memang semua la serabut kepala. Masa perjalanan ke poli tu pun ada masalah jugak. Benda penting aku tertinggal kat rumah. Pastu patah la balik ambik. Tak ka bengang abah dgn mama sampai tawar hati nak hantar aku time tu. Hm hikmah apa laa ye. Tapi bila dah 2bulan lebih aku stay poli tu emm tak dak la yang aku rasa nak patah balik rumah lagi. Boleh tahan best belajar situ. Poli apa aku dapat? 

Politeknik Sultan Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Poli ni kebaikan dia emm untuk orang yang tak tutup aurat dengan sempurna tu maybe bila dah belajar situ insyaAllah la dapat hidayah sepenuhnya. Macam aku, aku tak biasa lagi bersarung kaki. Tapi bila dah start belajar sana, peraturan dia kena pakai sarung kaki. And now aku dah terbiasa sampaikan keluar mana mana dari rumah pun rasa awkward bila tak pakai stokin.

Sebelum aku masuk polimas, aku dah searching dah kawan dalam twitter untuk jadikan kawan dekat polimas ni. Hehe bijak ke tidok :p And aku jumpa! Nama dia 'Aqilaa Silmi. Ha tediaa letak nama penuh terus haha. Pendek cerita dia sekarang dah jadi kawan masa hari pendaftaran haritu, kawan sekelas aku, kawan rapat aku, dan yang paling best, dia roommate aku. Hehe tak kah kebetulan semuanya sama dengan dia. Nasib baik sekepala. Tapi aku tak segila dia la haha. Bukan dia saja aku kenal dekat sana. Ramai ja cuma yang paling rapat la sekarang, dina bib tikah. So semua 5 orang termasuk aku. Bila org nampak mesti kami berlima or berempat sbb tikah tak stay kamsis(asrama). Okay sambung cerita pasal tajuk balik. Nak tahu kos apa aku dapat? Memang luar jangkaan aku. Sebelum ni aku pikir nurse la akauntan la apa la and now dah jadi lain. Kos apa?

MEKATRONIK.
Really?Ya aku sedang belajar kos tu sekarang. Mmg masa first dapat tahu tu mmg terkejut gila sampai org sekeliling yang tau pun automatik buat muka ayam nak beranak. Yelaa, aku wehh yang tak besaq mana ni yang sebelum ni kos katering ja wehh buat keja keja yang tuff. Memang lama jugak aku fikir nak terima or tak. Aku search la dekat google pasal mekatronik ni. Pehh mmg menakutkan ah subjek ni. Sebab apa buat aku terima? Bila parents aku kata "kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh?" Yes, aku terus terima. Sbb peluang yang Allah bagi kita tak tahu bila lagi atau mungkin tu yang terakhir rezeki untuk aku. So, life must go on.

Bila dah sekarang aku belajar kos ni. Em maybe aku sem 1 yang hanya boleh cakap "Tak susah dan tak senang" Cabaran dalam bengkel nak potong besi bagai sampai luka tangan emm mmg best la pengalaman ni. Orang lain kalau tanya aku kos apa, mesti depa nanti cakap "Oh kos tu paling susah tu kena betui betui study tu" Hmm kadang2 mematahkan semangat jugakla. Tapi takpa la, aku dgn diri aku. Org lain boleh buat, kenapa aku tak boleh. Tu ja ayat yang boleh kuatkan semangat aku balik pun. Yang kadang2 men'down'kan aku bila aku rasa aku sorang ja tak dak basic fizik and addmath. Gila weh dalam kelas tu mmg semuala budak pandai. Pehh spm beratur A tu haa. Aku ni? Hmm tapi takpala semua belajar dari awal balik yang bezanya math. Mmg agak pening la sbb terus mula dgn addmath. Aku ni buat buat tau ja tapi pelan pelan kayuh la kan.

Okay la aku nak stop sampai sini ja. Nanti aku sambung balik pasal cerita kawan kawan dekat sana pulak. Haha aku belum mention kawan laki kelas aku lagi kan? Okay next time kay :p Cuma perlukan doa dari awak awak sekalian ja untuk saya boleh teruskan belajar kos ni dengan baik, amin.